
Artikel
Timbalan Kpn Saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Dan Pengerusi Perkep Kontinjen Johor
Johor Bahru, 16 Januari 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berbesar hati hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas...
Johor Bahru, 16 Januari 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berbesar hati hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor yang diadakan di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, pagi tadi.
Dalam majlis itu, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat mengambil alih jawatan KP Johor daripada DCP Dato' Khaw Kok Chin yang memangku jawatan itu bermula 2 Januari lalu selepas CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ke-17.
Hadir sama ialah Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Zainah Othman yang menyaksikan Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor di antara pemangkunya, Puan Sharifah Mazni Syed Kassim iaitu isteri kepada Ketua Cawangan Khas Johor, SAC Tuan Jalaludin Hamid dengan Datin Suriati Muhamad.
Seusai majlis, Dato' Razarudin turut mengadakan sidang medianya bersama rakan-rakan wartawan yang hadir membuat liputan.
Yang turut hadir, barisan Ketua Jabatan IPK Johor, ketua-ketua polis daerah dan formasi dalam Kontinjen Johor.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin















