Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmi Majlis Penutup Bengkel Pemeriksaan Permohonan Projek Rmke 12 Tahun 2024 2025

Diterbitkan: 20 Jan 2023 10.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 20 Januari 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pemeriksaan Permohonan Projek Di Bawah ‘Rolling Plan’ Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Tahun 2024-2025 Bagi Projek Fizikal dan Bukan Fizikal Polis Diraja Malaysia di Dewan Perdana, Cititel Hotel, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-majlis-penutup-bengkel-pemeriksaan-permohonan-projek-rmke-12-tahun-2024-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:35 MYT
Georgetown, 20 Januari 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pemeriksaan Permohonan Projek Di Bawah ‘Rolling Plan’ Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Tahun 2024-2025 Bagi Projek Fizikal dan Bukan Fizikal Polis Diraja Malaysia di Dewan Perdana, Cititel Hotel, di sini.

Ketibaan Tan Sri Razarudin telah disambut oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan.

Penganjuran bengkel tersebut untuk menyelaras serta menyediakan senarai cadangan projek di bawah peruntukan pembangunan kerajaan bagi tahun 2024-2025, yang dibentangkan dalam taklimat akhir oleh Ketua Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Muhammad Hanif Othman.

Berucap tadi, Tan Sri Razarudin yakin kesemua projek Pasukan yang dibentang dalam bengkel tersebut memenuhi kriteria yang diperlukan oleh Pasukan untuk melangkah maju kehadapan.

“Saya yakin dan percaya, projek-projek baharu yang diangkat dalam bengkel ini telah diselaraskan dengan aspirasi-aspirasi Kerajaan sepertimana yang terkandung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030), Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA), Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2021–2025 serta Matlamat Pembangunan Lestari”, ujar Tan Sri Razarudin.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani, Timbalan Pengarah (Kewangan, Perolehan dan Kepolisan Am) JLog Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli dan SAC Dasar Strategik Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, SAC Azman Abd Razak.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 5 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 7 people, people standing and military uniform

May be an image of 4 people, people standing and military uniform

May be an image of 8 people, people standing and military uniform

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing, people sitting and indoor
ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2023 10.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM