Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmi Majlis Forum Perdana Ccpss Pulau Pinang

Diterbitkan: 23 Apr 2026 11.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
George Town, 23 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Majlis Forum Perdana Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam (CCPSS) Pulau Pinang yang berlangsung di Grand Ballroom, St. Giles Wembley Hotel, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-majlis-forum-perdana-ccpss-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:22 MYT
 
George Town, 23 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Majlis Forum Perdana Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam (CCPSS) Pulau Pinang yang berlangsung di Grand Ballroom, St. Giles Wembley Hotel, di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau pada jam 9.00 pagi disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Ts. Azizee Ismail.

Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Ayob Khan menegaskan kepentingan integriti yang tinggi dalam kalangan pucuk pimpinan organisasi agar dapat menjadi contoh teladan terbaik kepada seluruh warga kerja.

Beliau turut menekankan bahawa amanah merupakan teras utama dalam kepimpinan, khususnya di peringkat pegawai atasan, kerana ia menjadi asas kepada pembentukan kepimpinan yang berwibawa, diyakini dan dihormati.

Selain itu, beliau menzahirkan harapan agar penubuhan CCPSS terus berperanan sebagai jambatan penghubung antara Polis Diraja Malaysia dan masyarakat, sekali gus merapatkan jurang serta memperkukuh hubungan yang lebih harmoni dan erat.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada Penasihat Khas CCPSS, Dato’ Seri Khaw Kok Chin serta barisan ahli jawatankuasa sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka.

Kemuncak program diisi dengan forum bertajuk “Memperkasa Integriti dan Kesedaran Jenayah Ke Arah Keselamatan Awam” yang menampilkan empat panelis berpengalaman.

Mereka terdiri daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merangkap Pengerusi CCPSS Pulau Pinang, Datuk Zainudin Ahmad, bekas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Dato’ Saadon Mokhtar, bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang, Tuan Ruslan Tuan Mat serta bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dr. Kang Tong Hum.

Moderator sesi forum tersebut dikendalikan oleh Dato’ Hj. Abdul Said Hussain iaitu bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir dalam majlis tadi ialah Pengarah JSJN, CP Dato’ Hussein Omar Khan.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of ‎text that says '‎2 ORMAT にルロュ PANELIS Ayob AyobKhan Khan itchay lis PANPUS PA IS atuk JatukZair Zair B Bin בום MOD MODER

May be an image of ‎text that says '‎FORUM PERDANA CCPSS Memperkasa Integriti dan Kesedaran Jenayah Ke Arah Keselamatan Awam ว-ลน้า CEPES TET
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2026 11.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM