Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmi Bengkel Pengurusan Pkob Dan Pktk Zon Sabah

Diterbitkan: 06 Dec 2022 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Kinabalu, 6 Disember 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini merasmikan Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi Zon Sabah di Hotel Le Meridien, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-bengkel-pengurusan-pkob-dan-pktk-zon-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:48 MYT
Kota Kinabalu, 6 Disember 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini merasmikan Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi Zon Sabah di Hotel Le Meridien, di sini, pagi tadi.

Bengkel anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri itu disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bersama wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat-Pejabat Daerah serta Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) yang bertujuan sebagai persiapan menghadapi sebarang bencana.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Razarudin menegaskan bahawa PKOB dan PKTK adalah amat penting di mana kedua-dua tempat itu merupakan nadi dalam memberikan tindak balas terhadap sesuatu bencana yang berlaku dengan efisien.
"Kunci sebenar kepada kejayaan sesuatu operasi bencana adalah bergantung kepada koordinasi yang cekap, menyeluruh dan pantas. Justeru, koordinasi dan kerjasama erat semua jabatan perlu diperkukuhkan," ujar beliau.

"Bengkel seumpamanya ini dapat meningkatkan kompetensi para peserta dalam mengurus serta memberikan tindak balas yang efisien dalam memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat sentiasa terjamin serta terpelihara," tambah beliau.

Seusai majlis, Tan Sri Razarudin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
Hadir sama, Setiausaha Hal Ehwal Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Datuk Hj. Awang Sahari, Pengarah JBPM Negeri Sabah, Encik Abdul Razak Muda dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, Encik Meor Ismail Meor Akim.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

ArtikelDiterbitkan 06 Dec 2022 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM