Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Penuhi Undangan Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Parlimen Tangga Batu Bersama Pdrm

Published: 16 May 2023 10.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 16 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memenuhi undangan Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Peringkat Parlimen Tangga Batu bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka yang diadakan di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-undangan-sambutan-aidilfitri-perpaduan-madani-parlimen-tangga-batu-bersama-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT

Melaka, 16 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memenuhi undangan Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Peringkat Parlimen Tangga Batu bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka yang diadakan di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak, dekat sini.

Berlangsung meriah, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan barisan Exco Kerajaan negeri.

Disamping merayakan Aidilfitri dengan penduduk setempat, Tan Sri Razarudin juga menyaksikan pelancaran Skuad Belia Madani peringkat Parlimen Tangga Batu yang disempurnakan oleh PM, sebagai nadi penggerak kepada penerapan nilai-nilai murni Malaysia Madani terhadap para belia negara.

Hadir sama Setiausaha Sulit PM selaku Penaung Pertubuhan Anak Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Tangga Batu, Tuan Hj. Bakri Jamaluddin, Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Zainol Haji Samah bersama timbalannya, SAC Datuk Razali Abu Samah dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 14 people

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of one or more people, crowd and text

ArticlePublished 16 May 2023 10.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM