Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Penuhi Undangan Ke Pameran Raja Kita Di Muzium Negara

Published: 25 Jul 2024 8.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi ini mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Pameran Raja Kita di Muzium Negara, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-undangan-ke-pameran-raja-kita-di-muzium-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT
 
Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi ini mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Pameran Raja Kita di Muzium Negara, di sini.

Hadir sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa.

Pameran istimewa yang dianjurkan sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII itu akan mula dibuka kepada orang awam bermula Jumaat, 26 Julai sehingga 29 September depan bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Kemasukan ke pameran tersebut adalah percuma.

Pameran yang berlangsung di Galeri 1 dan 2, Jabatan Muzium Malaysia itu mengumpulkan keunikan dan keistimewaan koleksi peribadi KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku serta bibliografi baginda.

Antara koleksi yang dipamerkan, keris panjang, keris suasa, kenderaan, darjah-darjah kebesaran, barangan zaman kanak-kanak sehinggalah terkini yang dibawakan khas dari negeri Johor.

Polis Diraja Malaysia merupakan antara agensi utama yang bekerjasama dengan Muzium Negara dalam memastikan keselamatan dan keterjagaan bahan pameran terjaga dari awal pemindahannya sehinggalah ke acara penutup.


May be an image of 5 people

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 7 people and dais

May be an image of 7 people, dais and wedding

May be an image of 7 people and dais

ArticlePublished 25 Jul 2024 8.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM