Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Bersama Polis Australia Fokus Tangani Jenayah Siber Serta Eksploitasi Seksual Atas Talian

Diterbitkan: 25 Jul 2024 1.43 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kerjasama itu diselaraskan melalui penganjuran bengkel selama tiga hari 'Menangani Trend Jenayah Siber' oleh AFP.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-bersama-polis-australia-fokus-tangani-jenayah-siber-serta-eksploitasi-seksual-atas-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT
Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Persekutuan Australia (AFP) komited dalam bekerjasama menangani trend jenayah siber antara kedua-dua negara.

Kerjasama itu diselaraskan melalui penganjuran bengkel selama tiga hari 'Menangani Trend Jenayah Siber' oleh AFP.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, objektif utama bengkel itu adalah memperkukuhkan penguatkuasaan ke atas jenayah eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak, khususnya laman-laman web lucah atas talian.

"Gandingan pasukan penguatkuasaan utama kedua-dua negara ini dipereratkan lagi melalui bengkel selama tiga hari yang dianjurkan oleh AFP di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di sini, yang berakhir semalam.

"Penganjuran Bengkel bertajuk 'Menangani Trend Jenayah Siber' itu jelas menunjukkan betapa komitednya PDRM di bawah kepemimpinan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan AFP berusaha untuk memperkukuhkan penguatkuasaan kedua-dua negara dalam menghadapi masalah jenayah siber terutama eksploitasi seks atas talian.

"Melalui perkongsian ilmiah secara lebih bermanfaat dalam bengkel ini, bakal memberi pendedahan kepada semua pegawai PDRM yang terbabit dalam menghadapi cabaran lebih besar seiring kemajuan teknologi maklumat dan teknologi kecerdasan buatan (AI)," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel 'Menangani Trend Jenayah Siber' di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia, di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-polis-australia-fokus...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah - JSJ PDRM dan Berita Harian

Pautan Video:
Artikel Pilihan Pdrm Bersama Polis Australia Fokus Tangani Jenayah Siber Serta Eksploitasi Seksual Atas Talian
https://www.facebook.com/watch/?v=812830507290675
ArtikelDiterbitkan 25 Jul 2024 1.43 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM