Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Penuhi Undangan Ke Majlis Anugerah Buku Negara 2023

Published: 21 Dec 2023 12.24 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tanjung Malim, 21 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati hadir memenuhi undangan ke Majlis Anugerah Buku Negara 2023 yang diadakan dekat Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris, di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-undangan-ke-majlis-anugerah-buku-negara-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:05 MYT
Tanjung Malim, 21 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati hadir memenuhi undangan ke Majlis Anugerah Buku Negara 2023 yang diadakan dekat Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris, di sini pagi tadi.

Majlis anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar.

Dalam majlis yang sama, Dato' Seri Anwar turut meluncurkan buku bertajuk 'Ensiklopedia: Menyingkap Rahsia Sains dan Teknologi dalam al-Quran' iaitu hasil tulisan Profesor Madya Ts. Dr. Muhammad Nazir Mohammed Khalid.
Seusai majlis peluncuran, Dato' Sri Ayob Khan juga menyaksikan 'Dialog Mahasiswa Temu Anwar' yang menampilkan panel jemputan khusus iaitu Dato' Seri Anwar bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Sri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Adam Adli Abd Halim sebagai moderator dialog tersebut.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dan Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir.

Jurugambar: PDRM RMP TV

ArticlePublished 21 Dec 2023 12.24 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM