Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Penuhi Jemputan Program Ibadah Korban Peringkat Kdn

Published: 20 Jun 2024 11.50 PM Updated: 15 Aug 2026 8.07 PM
Raub, 20 Jun 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi jemputan ke Program Ibadah Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-jemputan-program-ibadah-korban-peringkat-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:13 MYT
Raub, 20 Jun 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi jemputan ke Program Ibadah Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), pagi tadi.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah turut disertai oleh warga PUSPEN Raub dan penduduk setempat yang bergotong-royong melakukan aktiviti penyembelihan, melapah dan memasak hidangan termasuk pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar turut berbesar hati menyampaikan sumbangan zakat kepada 55 orang penerima golongan Asnaf melibatkan penghuni PUSPEN Raub dan juga penduduk setempat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Noor Hisam Nordin dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AADK, Puan Shobah Jamil.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people, lighting, table, dais and text


ArticlePublished 20 Jun 2024 11.50 PMUpdated 15 Aug 2026 8.07 PM