
Article
Timbalan Kpn Penuhi Jemputan Majlis Makan Malam Setia Bakti Rela
Putrajaya, 14 Disember 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati memenuhi jemputan ke Majlis Makan...
Putrajaya, 14 Disember 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati memenuhi jemputan ke Majlis Makan Malam Setia Bakti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang diadakan di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, di sini, malam tadi.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimulakan sebagai pembuka majlis diikuti dengan 'Gema RELA' dan seterusnya para tetamu disajikan dengan tayangan montaj bertajuk 'Setia Bakti RELA'.
Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya Sulaiman telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil-wakil setiap agensi di bawah KDN termasuk Polis Diraja Malaysia yang diwakili oleh Dato' Sri Ayob Khan. Penyerahan sijil berkenaan adalah sebagai penghargaan terhadap Pasukan atas kerjasama dan kolaborasi dalam aspek penugasan operasi serta latihan persenjataan daripada pelbagai jabatan dalam PDRM.
Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj. Mohd Amin dan para pegawai kanan agensi di bawah KDN.