Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Pengerusikan Sesi Pembentangan Dapatan Kajian Pembinaan Indikator Pemikiran Radikal

Diterbitkan: 10 Jun 2026 1.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.54 PM
Kuala Lumpur, 9 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan sesi pembentangan dapatan kajian bertajuk "Pembinaan Indikator Pemikiran Radikal Bagi Menangani Pengaruh Keganasan Berorientasikan Agama di Malaysia" yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-pengerusikan-sesi-pembentangan-dapatan-kajian-pembinaan-indikator-pemikiran-radikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:30 MYT
Kuala Lumpur, 9 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan sesi pembentangan dapatan kajian bertajuk "Pembinaan Indikator Pemikiran Radikal Bagi Menangani Pengaruh Keganasan Berorientasikan Agama di Malaysia" yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, semalam.

Pembentangan oleh Ketua Penyelidik merangkap Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Muhammad Rashidi Wahab bertujuan membangunkan indikator sebagai panduan pengesanan awal, pencegahan dan penanganan pengaruh keganasan berorientasikan agama di negara ini.

Sesi tersebut turut berfungsi sebagai platform perbincangan strategik antara PDRM dan para penyelidik bagi memperhalusi indikator yang dibangunkan selaras dengan usaha berterusan Pasukan dalam menangani ancaman kumpulan pengganas berfahaman radikal dan militan.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (KPP) E8 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor, KPP E3 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Azhar Sepawi serta barisan penyelidik daripada UniSZA, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Jurugambar: PDRM RMP

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of studying, newsroom and text that says 'IBU PEJABAT POLIS DIRAJA DIRAJAMALAYSIA MALAYSIA BUKIT AMAN 配場 2ποακει 二か にのの

May be an image of text that says 'BUKIT BUKITAMAN AMAN SAN 目 လ DA @HAK'

No photo description available.


ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2026 1.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.54 PM