Artikel
Video Pilihan Pembentangan Dapatan Kajian Pembinaan Indikator Pemikiran Radikal Bagi Menangani Pengaruh Keganasan Berorientasikan Agama Di Malaysia
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri mempengerusikan sesi pembentangan dapatan kaji...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri mempengerusikan sesi pembentangan dapatan kajian yang bertajuk "Pembinaan Indikator Pemikiran Radikal Bagi Menangani Pengaruh Keganasan Berorientasikan Agama di Malaysia" yang diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 8 Jun 2026.
Pembentangan oleh Ketua Penyelidik merangkap Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr. Muhammad Rashidi Wahab bertujuan membangunkan indikator sebagai panduan pengesanan awal, pencegahan dan penanganan pengaruh keganasan berorientasikan agama di negara ini.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV

