
Article
Timbalan Kpn Pengerusikan Sesi Pembentangan Dapatan Kajian Pembinaan Indikator Pemikiran Radikal
Kuala Lumpur, 9 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan sesi pembentangan dapatan kajian ber...
Kuala Lumpur, 9 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan sesi pembentangan dapatan kajian bertajuk "Pembinaan Indikator Pemikiran Radikal Bagi Menangani Pengaruh Keganasan Berorientasikan Agama di Malaysia" yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, semalam.
Pembentangan oleh Ketua Penyelidik merangkap Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Muhammad Rashidi Wahab bertujuan membangunkan indikator sebagai panduan pengesanan awal, pencegahan dan penanganan pengaruh keganasan berorientasikan agama di negara ini.
Sesi tersebut turut berfungsi sebagai platform perbincangan strategik antara PDRM dan para penyelidik bagi memperhalusi indikator yang dibangunkan selaras dengan usaha berterusan Pasukan dalam menangani ancaman kumpulan pengganas berfahaman radikal dan militan.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (KPP) E8 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor, KPP E3 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Azhar Sepawi serta barisan penyelidik daripada UniSZA, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.
Jurugambar: PDRM RMP





