
Artikel
Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Inovasi Pdrm Tahun 2022
Kuala Lumpur, 16 Disember 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peman...
Kuala Lumpur, 16 Disember 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2022 di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam di sini, pagi tadi.
Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman selaku sekretariat mesyuarat turut membentangkan beberapa pelaporan serta program induk yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.
Antaranya, pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA kendiri, anugerah-anugerah inovasi tahun 2022, cadangan replikasi produk inovasi serta pengurusan ilmu dengan jaringan luar.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, barisan Pengarah PDRM, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar, barisan Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Noorsiah Mohd Saaduddin.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.