
Artikel
Timbalan Kpn Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kpi Pdrm
Kuala Lumpur, 3 Februari 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati mempengerusikan Mesyuarat Jawantankuasa...
Kuala Lumpur, 3 Februari 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati mempengerusikan Mesyuarat Jawantankuasa Pengurusan Prestasi (KPI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (JKDNKA) di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang turut dihadiri oleh barisan Pengarah Jabatan PDRM dan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) selaku Urus Setia Jawatankuasa KPI PDRM, CP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar membincangkan hala tuju Pasukan bagi memastikan PDRM kekal relevan sebagai peneraju keselamatan negara dalam mengekalkan Malaysia selamat dan aman selari dengan visi Pasukan.
Berucap dalam mesyuarat tersebut, Tan Sri Razarudin berhasrat agar seluruh warga Pasukan mendukung dan memanfaatkan peluang untuk bersama-sama meneliti, menimbang dan menambah baik pengurusan serta pencapaian KPI PDRM ke suatu tahap keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan boleh diperkasakan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Gerakan), JKDNKA, Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin mewakili Pengarah KDNKA, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Datuk Ahmad Ramdzan Daud mewakili Pengarah Cawangan Khas, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Nerita Yaacob mewakili Pengarah Pengurusan, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamarulzaman Abdullah mewakili Setiausaha Polis Malaysia, Timbalan Pengarah (Kewangan, Perolehan dan Kepolisan Am) Jabatan Logistik Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli, SAC Dasar Stratergik PDRM, SAC Azman Abd. Razak dan Pegawai Kanan PDRM.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.


















