
Artikel
Timbalan Kpn Pengarah Jsj Lawat Kem Latihan Utk Di Pulau Bidong
Kuala Terengganu, 17 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah melawat Kem Latihan Unit Tindakhas (UT...
Kuala Terengganu, 17 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah melawat Kem Latihan Unit Tindakhas (UTK) di Pulau Bidong, dekat sini, semalam.
Hadir bersama beliau di kem latihan itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dengan diiringi oleh Komander UTK, SAC Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.
Ketika lawatan tersebut, Dato' Sri Ayob Khan dan Dato' Sri Mohd Shuhaily turut diberikan taklimat operatif oleh Ketua Unit Selam Tempur UTK, ASP Sharipul Azhar Abdul Rahman dan Pegawai Unit Sniper UTK, Inspektor Muhammad Hamizan Ibrahim.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Mohd Hishamudin Tahar, Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Tuan Hj. Che Muhamad Azmi Ngah.







