Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Diterbitkan: 17 Sep 2024 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 17 September 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-meriahkan-sambutan-hari-malaysia-peringkat-kebangsaan-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:15 MYT
 
Kota Kinabalu, 17 September 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.

Sambutan yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang itu telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Hj. Juhar Hj. Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr. Hjh. Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni.

Tidak ketinggalan menyerikan majlis pada malam tadi ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim bersama isteri Datin Seri Panglima Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Haji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hjh. Juliah Salag.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Sabah Maju Jaya diikuti dengan Tarian Sambut Tamu bagi meraikan tetamu-tetamu kehormat yang hadir menyerikan lagi Hari Malaysia yang disambut buat kali ke-2 di negeri di bawah bayu itu selepas tahun 2021.

Sambutan Hari Malaysia yang menginjak ke-61 tahun menyaksikan bagaimana Persekutuan Tanah Melayu bergabung bersama Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963 yang membuktikan kebersamaan serta perpaduan rakyat menjamin kesejahteraan negara yang berjiwa Merdeka selari dengan tema pada tahun ini, “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”.

Kemuncak majlis adalah penyerahan Jalur Gemilang kepada Yang Di-Pertua Negeri Sabah oleh para peserta Konvoi Kembara Merdeka Tahun 2024 yang membawa 61 buah Jalur Gemilang sebelum diserahkan kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia untuk dikibarkan dengan diiringi lagu Negaraku.

Hadir sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj. Openg bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Hjh. Juma’ani Tun Tuanku Hj. Bujang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024, Tuan Ahmad Fahmi Fadzil bersama isteri Puan Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin, barisan pegawai kanan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun.

Jurugambar: Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Sabah

May be an image of 5 people and crowd

May be an image of 14 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 11 people and dais
ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2024 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM