
Timbalan Kpn Lawat Pangkalan Ppm Wilayah Empat
Lahad Datu, 20 November 2019 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor melanjutkan siri lawatan kerja rasmi beliau ke Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat, di sini pagi tadi.
Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Komander PPM, SAC Tuan Mohd. Yusoff Mamat, para pegawai kanan dan warga PPM Wilayah Empat.
Dato' Pahlawan Mazlan kemudiannya dijemput mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi-operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Kawasan Kawalan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
Fokus utama mesyuarat tersebut adalah bertujuan memantapkan pengoperasian PDRM dan ESSCOM di kawasan yang terlibat iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Haji Abdullah Sani dan Pengarah Pengurusan, Bukit Aman, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.
https://www.facebook.com/pasukanpolismarin/posts/10157580044786992?__tn__=H-R