
582 Warga Polis Sabah Dianugerahkan Pjpn
Kota Kinabalu, 20 November 2019 - Seramai 582 Pegawai, anggota dan pesara Polis dari Kontinjen Sabah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), semalam, atas khidmat bakti yang telah mereka curahkan kepada negara sewaktu era darurat dan insurgensi komunis.
Majlis yang berlangsung dalam dua sesi di Dewan Tun Sakaran, Hotel Tabung Haji itu telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dengan diiringi Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
Hadir sama, isteri kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Omar Haji Mammah, Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia, Tan Sri Ismail Che Rus, Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis, Datuk Sidin Abdul Karim dan para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: Polis Sabah
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/2814762935200662?__tn__=-R