
Article
Timbalan Kpn Lawat Keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Beri Penghormatan Terakhir Di Bidor
Tapah, 18 Mei 2024 - Tragedi serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram dekat Johor pada Jumaat lepas yang mengorbankan dua wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) n...
Tapah, 18 Mei 2024 - Tragedi serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram dekat Johor pada Jumaat lepas yang mengorbankan dua wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) nyata memberi kesan kepada seluruh warga Pasukan dan ahli keluarga mangsa khasnya.
Malah, turut bersedih atas insiden yang menimpa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said adalah Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau yang diiringi Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri sejak petang tadi berada di kediaman rasmi keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi di Kampung Poh dekat Bidor bagi menyantuni ahli keluarga wira Pasukan itu sehinggalah urusan pengebumiannya selesai.
Terdahulu Dato’ Sri Ayob Khan menyertai ahli kariah kawasan perumahan tersebut membacakan tahlil dan surah Yasin, sebelum jenazah tiba kira-kira jam 6.00 petang dari Johor Bahru di rumah keluarganya untuk disolatkan.
Dato’ Sri Ayob Khan turut mengiringi jenazah sehingga ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh untuk disemadikan dengan penuh adat istiadat kepolisan.
Hadir sama, Ketua Lesen Pasukan, Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api), SAC Dato' Dzulkhairi Mukhtar, Komander Briged Utara, SAC Shahrum Hashim, Komander 69 Komando, SAC Hamzah Hashim, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi dan para pegawai kanan polis Kontinjen Perak.
Jurugambar: PDRM RMPTV




