Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Lawat Jlog Di Bukit Aman

Published: 18 Aug 2023 6.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini melawat Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-lawat-jlog-di-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini melawat Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Mengadakan lawatan kerja ke setiap jabatan dalam PDRM antara agenda awal yang dirancang beliau bersama KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain bagi meninjau dan menyampaikan amanat kepada setiap warga Pasukan yang bertugas di sesebuah jabatan tersebut.

Selain diberikan taklimat mengenai operasi harian JLog oleh pengarahnya, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan, Timbalan KPN turut berpeluang berdialog dengan kepimpinan jabatan untuk mendapatkan buah fikiran dan cadangan baharu bagi penambahbaikan mutu perkhidmatan Pasukan.

JLog yang antara lainnya berperanan untuk mengurus dan mengendalikan pelbagai projek PDRM termasuk aspek komunikasi, persenjataan dan belanjawan serta hal ehwal hartanah diketuai oleh seorang pengarah berpangkat Komisioner Polis (CP) dan dibantu tiga timbalan pengarah berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) serta Senior Asisten Komisioner Polis (SAC).

Lawatan sulung pucuk pimpinan Pasukan tadi turut disertai oleh Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 13 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 7 people and text that says 'S & JABATAN LOGISTIK& TEKNOLOGI BUT'

May be an image of 2 people, newsroom and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'JABATAN LOGISTIK & TEKNOLOGI BUKIT AMAN PO POLIS POLIS DIRAJA MALAYSIA'

May be an image of 4 people and text

May be an image of 6 people and text

ArticlePublished 18 Aug 2023 6.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM