
Artikel
Timbalan Kpn Lancar Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Pdrm
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini melancarkan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Polis Diraja...
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini melancarkan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, pagi tadi.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Sukan PDRM ini, menyediakan beberapa aktiviti antaranya acara berbasikal, larian, zumba, sukan sepak raga, bola jaring dan seni bela diri, Muay Thai.
Ia turut diserikan dengan persembahan mantap brass band, gabungan Pancaragam Pusat PDRM dan Badan Seni Budaya PDRM.
Turut hadir, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Seri Hjh. Anizah Musa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Razarudin Husain, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim serta warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin, Konstabel Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini.








