Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Lakukan Ziarah Kebajikan Kepada Anak Kp Melaka

Published: 29 Aug 2023 6.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cheras, 29 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meluangkan masa menziarahi anak kepada Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah di Hospital Rehabilitasi di sini, pagi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-lakukan-ziarah-kebajikan-kepada-anak-kp-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
Cheras, 29 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meluangkan masa menziarahi anak kepada Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah di Hospital Rehabilitasi di sini, pagi.

Beliau yang hadir bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, disambut Datuk Wira Hj. Zainol dan isteri yang juga merupakan Pengerusi PERKEP Kontinjen negeri, Datin Wira Hjh. Sabariah Hj. Hashim.

Dato' Sri Ayob Khan turut mendengar penerangan oleh Timbalan Pengarah (Perubatan), Hospital Rehabilitasi Cheras, Dr. Tan Cheong How mengenai tahap kesihatan terkini adik Muhd Zahirudin, 16 tahun, yang dimasukkan ke hospital semenjak 25 Jun lalu kerana mengalami pendarahan dalam otak.

Selain pemberian sumbangan kebajikan, Dato' Sri Ayob Khan juga menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan kesembuhan segera buat adik Muhd Zahirudin.

Hadir sama dalam lawatan tadi ialah Penolong Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Abdul Halid Ludin, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin dan para pegawai kanan polis.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Mungkin imej 1 orang, hospital dan teks

Mungkin imej 2 orang, hospital dan teks

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks yang berkata 'CAWANGAN JABATA Malay'


ArticlePublished 29 Aug 2023 6.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM