
Artikel
Timbalan Kpn Ketua Ketua Jabatan Dan Agensi Kdn Sertai Majlis Iftar Bersama Mdn
Putrajaya, 29 Mac 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini dan barisan ketua jabatan serta agensi bawah Kemente...
Putrajaya, 29 Mac 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini dan barisan ketua jabatan serta agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyertai Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar KDN bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berlangsung dekat Lobi Auditorium Kompleks D, disini, petang tadi.
Program kerohanian itu bertujuan mengukuhkan hubungan antara warga KDN, selaras dengan hasrat pihak kerajaan untuk melahirkan generasi warga kementerian yang tinggi akhlaknya dan mempunyai budi pekerti seimbang.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada 218 warga KDN sebelum para tetamu menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Farid Hadi Sharif dari Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN.
Yang turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman, CP Datuk Ahmad Ramdzan Daud dan DCP Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat.