Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Ke Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Sempena Hari Ulang Tahun Penubuhan Jpjkk Ke 10

Diterbitkan: 25 Jul 2024 2.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, hari ini menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang jatuh pada tanggal 25 Julai setiap tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-ke-majlis-kesyukuran-dan-doa-selamat-sempena-hari-ulang-tahun-penubuhan-jpjkk-ke-10
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:19 MYT
 
Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, hari ini menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang jatuh pada tanggal 25 Julai setiap tahun.

Hadir sama pada majlis yang diadakan di Masjid Bukit Aman itu ialah Pengarah JPJKK, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JPJKK, Datin Sarihah Jusoh.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, barisan Timbalan dan Ketua Penolong Pengarah JPJKK Bukit Aman, para pegawai kanan, pegawai rendah polis, pegawai awam serta ahli-ahli PERKEP.

JPJKK diisytiharkan penubuhannya pada 25 Julai 2014 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 6(b) Akta Polis 1967.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Ehsan Subhi bersama kira-kira 500 lain yang hadir mengimarahkan majlis.

Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada acara sempena HUT Penubuhan JPJKK yang antara lain fungsi jabatan ulung itu untuk mencegah dan menghapus peluang jenayah dalam negara, memperkasa komuniti dan menangani persepsi negatif masyarakat terhadap Pasukan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person

May be an image of 12 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 25 Jul 2024 2.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM