
Timbalan Kpn Isteri Lawat Pegawai Kanan Polis Di Hospital
Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini melawat Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Risikan/Operasi/Rekod jenayah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Dato' S. Shanmugamoorthy Chinniah yang dimasukkan ke Hospital ALTY Orthopedic, di Jalan Ampang, di sini, semalam.
Turut bersama ialah Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin.
Dato' S. Shanmugamoorthy menjalani rawatan di bahagian lutut di hospital tersebut kini berada dalam keadaan stabil sambil ditemani isteri beliau, Datin Sukanthi Malar Sundarajoo.
Hadir sama, KPP Bahagian Kepolisan Kawalan Dalaman (D1) JSJ Bukit Aman, SAC Afzanizar Ahmad.
Jurugambar: PDRM RMPTV