
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jips Terima Surat Pelantikan Ahli Maiwp
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad menerima surat pelantikan sebagai Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan...
Kuala Lumpur, 5 Mac 2024 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad menerima surat pelantikan sebagai Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baharu di Aras 10 Menara MAIWP di sini, semalam.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Hj. Mohd Ajib Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Hj. Yahya turut serta barisan pengurus MAIWP dan ahli MAIWP yang telah dilantik bagi tempoh 2024 hingga 2026.