Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Iringi Tyt Sarawak Tunai Solat Jumaat Di Masjid Bukit Aman

Published: 23 Feb 2024 11.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 23 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir mengiringi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-iringi-tyt-sarawak-tunai-solat-jumaat-di-masjid-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:13 MYT
Kuala Lumpur, 23 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir mengiringi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini.

Ketibaan TYT Sarawak di perkarangan Masjid Bukit Aman turut disambut Timbalan Pengarah (Bahagian Agama & Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Daud.

Khutbah yang bertajuk 'Anak Amanah Berharga' dan solat Jumaat tengah hari tadi diketuai oleh Imam Masjid Bukit Aman Ustaz Mohd Helmi Zakaria.

Hadir sama, Pengerusi Masjid Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan serta delegasi TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of one or more people, dais and text

No photo description available.
ArticlePublished 23 Feb 2024 11.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM