Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Iring Mdn Santuni Mangsa Banjir Di Pps Daerah Kota Tinggi

Published: 11 Jan 2024 2.50 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Tinggi, 11 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Vokasional dan PPS Dewan Kota Kecil, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-iring-mdn-santuni-mangsa-banjir-di-pps-daerah-kota-tinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:05 MYT
Kota Tinggi, 11 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Vokasional dan PPS Dewan Kota Kecil, di sini.

Ketibaan mereka telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat bersama timbalannya, DCP M. Kumar S. Muthuvelu.
Dato' Sri Ayob Khan bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution dilihat turut memberikan sokongan moral dan emosi kepada mangsa-mangsa banjir di samping menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas kepada mereka yang terkesan.

Dalam lawatan tadi juga, Dato' Sri Ayob Khan dan Datuk Seri Saifuddin Nasution telah ditaklimatkan mengenai perkembangan semasa banjir di negeri berkenaan yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Ruslin Jusoh, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan warga kerja Polis Kontinjen Johor serta rakan media.

 
May be an image of 5 people, ambulance, helicopter and text that says 'MALAYSIA DRM'

May be an image of 2 people, ambulance, helicopter and text

May be an image of 6 people, helicopter, ambulance and text that says 'MALAYSIA'

May be an image of 5 people and helicopter

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people, helicopter and text that says 'D MALAYSIA POLIS DIRAJA MALAYSIA MALAY 0 @Ha'

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people, helicopter, ambulance and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 6 people

May be an image of 7 people, dais and text

ArticlePublished 11 Jan 2024 2.50 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM