Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpn Hadir Ke Majlis Forum Perdana Ehwal Islam Diraja

Diterbitkan: 12 Jan 2024 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Turut berangkat bercemar duli ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-hadir-ke-majlis-forum-perdana-ehwal-islam-diraja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:16 MYT
Kuala Lumpur, 12 Januari 2024 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Forum Perdana Ehwal Islam Diraja di Dewan Santapan Utama, Istana Negara, malam tadi.

Turut berangkat bercemar duli ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Forum perdana yang bertemakan 'Institusi Diraja Penyatuan Ummah' , menampilkan tiga orang ahli panel iaitu Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Timbalan Mufti Negeri Pahang, Dato’ Hj. Badli Shah Hj. Alauddin, Pengarah Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Profesor Dr. Sharifah Hayaati Ismail dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Zakaria Hj. Othman selaku moderator.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Awang Alik Jeman.


May be an image of 4 people

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 2 people and dais

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 3 people and dais

May be an image of 5 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 12 Jan 2024 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM