Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadiri Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al Haj Tonggak Perpaduan Negara

Diterbitkan: 02 Aug 2023 11.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail Al-Haj - Tonggak Perpaduan Negara yang telah dirasmikan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dekat Dataran Merdeka, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadiri-majlis-memperingati-negarawan-tun-dr-ismail-al-haj-tonggak-perpaduan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:38 MYT
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail Al-Haj - Tonggak Perpaduan Negara yang telah dirasmikan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dekat Dataran Merdeka, petang tadi.

Hadir sama mengiringi PM tadi ialah Timbalan PM merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof bersama Menteri Komunikasi dan Digital selaku pengerusi jawatankuasa penganjur, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Antara tujuan program bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan tadi diadakan adalah untuk mendidik generasi muda menghargai sumbangan tokoh negarawan yang telah banyak menabur bakti ketika memegang jawatan sebagai Timbalan PM pada tahun 1970-an terutamanya dalam usaha menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Dalam majlis tadi, para pengunjung berpeluang menyaksikan pameran mini galeri Tun Dr. Ismail “Wall of Memories” yang mempamerkan gambar, busana serta koleksi peribadi milik negarawan tersebut.

Selain itu, para pengunjung juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya program patriotik, program RIUH dan jualan usahawan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua-ketua agensi Kerajaan Persekutuan, Timbalan KSU (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC Hj. Habibi Hj. Majinji serta Ketua Polis Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 4 people and crowd

May be an image of 2 people and crowd

May be an image of 1 person and text that says 'HI แULUL WIT Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail Al-Haj Tonggak Perpaduan Negara MALAYSIA MADANI TEKAD

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 13 people, crowd and text


ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2023 11.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM