Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadiri Majlis Gala Aidilfitri Perkukuh Ukhuwah Bersama Pesara Pdrm

Diterbitkan: 05 Apr 2026 3.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 5 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, malam tadi berbesar hati menghadiri Majlis Gala Aidilfitri anjuran bersama Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) dan Koperasi Pelita Biru Berhad (KPBB) yang berlangsung di Grand Ballroom, Mandarin Oriental, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadiri-majlis-gala-aidilfitri-perkukuh-ukhuwah-bersama-pesara-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT
Kuala Lumpur, 5 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, malam tadi berbesar hati menghadiri Majlis Gala Aidilfitri anjuran bersama Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) dan Koperasi Pelita Biru Berhad (KPBB) yang berlangsung di Grand Ballroom, Mandarin Oriental, di sini.

Majlis turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Presiden RESPA, Dato’ Meor Chek Hussien Mahayuddin serta tetamu kehormat.

Majlis makan malam yang julung kali diadakan itu bertujuan menghimpunkan pesara dan barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam suasana Aidilfitri yang penuh bermakna, sekali gus memperkukuh ukhuwah, semangat setiakawan dan kesinambungan hubungan antara warga dan pesara polis.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri serta mantan KPN, Timbalan KPN serta Pengarah PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text that says 'HATUIANI MIIADDA MALAYSIA 'αντΕ PELITA BIRU អា GALA RESPA & KPBB AIDILFITRI 2026 Diserikandeng

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, suit and wedding


ArtikelDiterbitkan 05 Apr 2026 3.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM