Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir World Quran Symposium 2025

Published: 07 Aug 2025 9.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian World Quran Symposium 2025 yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-world-quran-symposium-2025
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:57 MYT
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian World Quran Symposium 2025 yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Simposium berprestij ini diadakan bersempena dengan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-65, yang berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos 2025 menjadi medan penting dalam menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran di peringkat global, selain menghimpunkan tokoh-tokoh ilmuan Islam, pengkaji al-Quran serta masyarakat umum dari dalam dan luar negara.

Lebih bermakna lagi apabila ucaptama telah disampaikan oleh Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah Al-Munawwarah, Tuan Yang Terutama Shaikh Dr. Salah Muhammad Al-Budair yang menekankan pentingnya menjadikan al-Quran sebagai asas pembinaan tamadun moden seimbang antara kemajuan teknologi dan akhlak insani.

Turut berlangsung dalam program pagi tadi ialah sesi forum bertajuk “Al-Quran Mengangkat Tamadun dan Kemuliaan Insan”, yang telah dikupas oleh barisan wakil daripada universiti tempatan serta pegawai JAKIM, Encik Ridzuan Awang yang bertindak sebagai moderator.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar, barisan ketua jabatan dan agensi kerajaan, wakil duta luar negara serta rakan-rakan media.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of dais

May be an image of 6 people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 8 people, dais and wedding
ArticlePublished 07 Aug 2025 9.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM