Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Solat Hajat Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Tahun Baharu 2023

Published: 05 Jan 2023 8.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menghadiri Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena menyambut tahun baharu 2023 di Masjid Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-solat-hajat-bacaan-yasin-dan-doa-selamat-sempena-tahun-baharu-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:20 MYT
Kuala Lumpur, 5 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menghadiri Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena menyambut tahun baharu 2023 di Masjid Bukit Aman, di sini.
 
Ketibaan Tan Sri Razarudin di Dewan Solat Utama sekitar jam 12.30 tengah hari, diiringi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.
 
Majlis yang diadakan bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan warga Pasukan itu dipimpin oleh Timbalan Pengarah JIPS (Bahagian Agama dan Kaunseling – BAKA) Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Ghazali Hj. Daud serta disertai hampir 350 pegawai, anggota serta pegawai awam polis di Bukit Aman.
 
Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 2, Bukit Aman, CP Datuk Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK PDRM Bukit Aman, DCP Datuk Mazli Mazlan dan DCP Gerakan KDNKA, DCP Dato’ Mohd Yusoff Mamat.
 
Jurugambar: Lans Koperal Muhamad Aizat Afiq kamarudin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

ArticlePublished 05 Jan 2023 8.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM