
Article
Timbalan Kpn Hadir Sebagai Panel Forum Sempena Sambutan Hari Integriti Lpp Tahun 2023
Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay diundang sebagai panel bagi forum integriti s...
Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay diundang sebagai panel bagi forum integriti sempena Sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP, di sini.
Pengisian forum tadi menyentuh mengenai keperluan dan kepentingan membina nilai-nilai murni, selain usaha mewujudkan penjawat awam khususnya warga LPP yang berintegriti tinggi ke arah negara lebih maju dan produktif.
Turut berlangsung ialah Pelancaran Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali dengan diiringi Ketua Pengarah (KP) LPP, Dato’ Azulita Salim.
Hadir sama, Timbalan KP (Operasi) LPP, Encik Nik Mohd Shaharil Nik Md. Hashim, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Encik Muhammad Faris Arriffin, barisan Pengarah Bahagian dan Pengarah LPP Negeri, Ketua-ketua jabatan serta agensi bawah KPKM.
Jurugambar: PDRM RMP TV




