
Artikel
Timbalan Kpn Adakan Ziarah Kebajikan Ke Atas Bekas Pengarah Pengurusan
Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan ziarah kebajikan ke atas bekas Pen...
Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan ziarah kebajikan ke atas bekas Pengarah Pengurusan, pesara CP Dato’ Zulkifli Ali di Hospital Pantai, di sini.
Dato’ Zulkifli, 92 tahun, yang telah menjalani persaraan pada tahun 1986, dimasukkan ke hospital itu kira-kira dua minggu lalu akibat jangkitan paru-paru.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor dan Superintendan Kebajikan/Kepolisan Am, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Mohammad Sabri Hj. Abd Kadir.
Jurugambar: PDRM RMP TV





