Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Sebagai Panel Forum Sempena Sambutan Hari Integriti Lpp Tahun 2023

Diterbitkan: 07 Dec 2023 7.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay diundang sebagai panel bagi forum integriti sempena Sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-sebagai-panel-forum-sempena-sambutan-hari-integriti-lpp-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:13 MYT

Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay diundang sebagai panel bagi forum integriti sempena Sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP, di sini.

Forum bertajuk “Bukan Lupa Tapi Tak Ingat” itu telah dikendalikan oleh moderator, Encik Shamsul Azahar Aliddin atau Shamsul Ghau Ghau bersama seorang lagi panel jemputan iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin atau nama sebenarnya Encik Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim.

Pengisian forum tadi menyentuh mengenai keperluan dan kepentingan membina nilai-nilai murni, selain usaha mewujudkan penjawat awam khususnya warga LPP yang berintegriti tinggi ke arah negara lebih maju dan produktif.

Turut berlangsung ialah Pelancaran Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali dengan diiringi Ketua Pengarah (KP) LPP, Dato’ Azulita Salim.

Hadir sama, Timbalan KP (Operasi) LPP, Encik Nik Mohd Shaharil Nik Md. Hashim, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Encik Muhammad Faris Arriffin, barisan Pengarah Bahagian dan Pengarah LPP Negeri, Ketua-ketua jabatan serta agensi bawah KPKM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people, dais and text that says 'TAK INGAT @HAK IKPDRM'

May be an image of 1 person, crowd and text

May be an image of 1 person, dais and text that says '- DRM'

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people, television, newsroom, dais and text


ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2023 7.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM