Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Program Imc 2025

Diterbitkan: 08 Jul 2025 8.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 8 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Program Intan Minister’s Conversation (IMC) 2025 yang berlangsung di Auditorium Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-program-imc-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:18 MYT
Kuala Lumpur, 8 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Program Intan Minister’s Conversation (IMC) 2025 yang berlangsung di Auditorium Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, di sini, pagi tadi.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sekali gus menyampaikan ucapan dasar berkaitan keselamatan negara dan teknologi terkini.

Dalam ucapannya, beliau menekankan berkenaan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang merupakan satu keperluan penting masa kini dalam menangani isu keselamatan dan kawalan sempadan secara lebih pantas, cekap dan efektif. Ia berupaya menganalisis data daripada pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperkukuh tindakan penguatkuasaan.

Program dua hala itu turut memberi ruang kepada sesi soal jawab melibatkan pelbagai isu semasa termasuk jenayah siber, AI, penyeludupan dadah, rentas sempadan, penyalahgunaan dadah sintetik, fahaman ekstremis, serta keperluan penguatkuasaan yang lebih responsif dan bersepadu.

Bertemakan “Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama”, IMC 2025 anjuran INTAN dengan kerjasama KDN bertujuan menggalakkan kerjasama erat antara rakyat dan Kerajaan dalam memelihara keselamatan negara daripada ancaman jenayah.
Antara pengisian menarik termasuk pameran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti Volunteer Smartphone Patrol, kesedaran jenayah penipuan dalam talian (scammer), jenayah seksual, serta pameran daripada pelbagai agensi kerajaan lain.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Pengarah PDRM, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr. Mohd Bakhari Ismail, Pengarah INTAN, Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff dan barisan Timbalan KSU KDN.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 9 people, wedding and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 1 person, dais, newsroom and text that says 'ISTITUET TADBILANR NEGARA INTAN MINISTER'S CONVERSATION 2025 NEGARA KITA, KESELAMATAN

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 11 people and text


ArtikelDiterbitkan 08 Jul 2025 8.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM