
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Briged Sarawak Rampas Pelbagai Barang Bernilai Hampir Rm1 2 Juta
Kuching, 8 Julai 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak melakar lima kejayaan dalam Ops Taring Bravo dan Op Taring Awas/Batas yang dilancarkan pada 30...
Kuching, 8 Julai 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak melakar lima kejayaan dalam Ops Taring Bravo dan Op Taring Awas/Batas yang dilancarkan pada 30 Jun hingga 5 Julai lalu dengan nilai rampasan keseluruhan hampir RM1.2 juta (RM1,166,169.60).
Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang berkata pada 2 Julai 2025, pasukan polis daripada Infantri Batalion 11 PGA Kuching telah melancarkan dua Op Taring Awas/Batas di daerah Bau.
Beliau berkata dalam operasi itu dua buah lori diserbu dan diperiksa berasingan kerana disyaki membawa muatan makanan sejuk beku.
"Semasa operasi dilancarkan sekitar jam 10.30 pagi, polis daripada lnfantri Batalion 11 PGA telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun dan hasil pemeriksaan lanjut menemui 6,500 kilogram produk makanan sejuk beku. Turut dirampas lori digunakan suspek.
"Anggaran nilai keseluruhan rampasan RM367,000. Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau dan Jabatan Veterinar Daerah Bau untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.