Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Dan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024

Diterbitkan: 22 Aug 2024 9.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 22 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Gemilang dan Perkarangan Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-perhimpunan-bulanan-kdn-dan-sambutan-bulan-kebangsaan-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:23 MYT
 
Putrajaya, 22 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Gemilang dan Perkarangan Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, di sini.

Perhimpunan bulanan dan sambutan bulan kebangsaan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam masa yang sama, turut berlangsung penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan puisi berlagu dan nyanyian lagu patriotik antara kementerian anjuran KDN yang telah berlangsung pada 15 Ogos lalu.

Johan bagi persembahan puisi berlagu telah dimenangi oleh Puan Syarifah Fairus Abdul Ghani dari Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, mengetepikan peserta Akademi
Latihan Rela Malaysia dan Sarjan Mustaza Mustaffa dari Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar yang masing-masing berpuas hati di tempat kedua serta ketiga.

Bagi kategori nyanyian lagu patriotik pula, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengungguli pertandingan tersebut yang menobatkan Sarjan Mustaza sebagai johan manakala Koperal Mohd Khairy Mohamad Yusof daripada D5, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya di tempat kedua dan Sarjan Mohd Fozai Joned daripada Pengurusan Saman, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tapah yang selesa di tempat ketiga.

Seusai itu, para tetamu dan dif-dif kehormat dipersembahkan dengan persembahan drama muzikal yang bertemakan "Tanahku Jiwa Bangsaku" oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Timbalan KSU KDN, barisan Pengarah PDRM, barisan Ketua Pengarah Agensi di bawah KDN serta wakil-wakil jabatan yang terlibat.

Jurugambar: PDRM RMP TV


May be an image of 16 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 22 Aug 2024 9.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM