
Artikel
Pic Of The Day Inisiatif Jiwa Murni Pdrm Bersama Masyarakat
Koperal Mohd Saiful Zainol Abidin dan Konstabel Sokongan Muhammad Naim Najmi Marzuki dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields me...
Koperal Mohd Saiful Zainol Abidin dan Konstabel Sokongan Muhammad Naim Najmi Marzuki dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menaiki MPV sedang dalam penugasan rondaan sekitar Jalan Bukit Kiara dan telah mendapati sebuah kenderaan diletakkan di bahu jalan berikutan mengalami kerosakan tayar pancit. Anggota bertugas MPV tersebut telah menghulurkan bantuan awal dengan membantu menukar tayar kereta berkenaan.
Terima kasih diucapkan kepada anggota-anggota yang bertugas di lapangan kerana sentiasa mempamerkan nilai-nilai murni dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan.
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Polis Brickfields