Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Apmm

Diterbitkan: 12 Dec 2024 9.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 12 Disember 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Disember yang berlangsung dekat Kompleks Setia Perkasa, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-perhimpunan-bulanan-kdn-anjuran-bersama-apmm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:49 MYT
Putrajaya, 12 Disember 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Disember yang berlangsung dekat Kompleks Setia Perkasa, di sini pagi tadi.

Perhimpunan bulanan yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu merupakan anjuran bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan sekitar jam 8.30 pagi telah disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.

Dalam majlis sama, Dato' Sri Ayob Khan bersama tetamu jemputan turut dipertontonkan dengan tayangan video rangkuman program KDN sepanjang tahun 2024 dan pencapaian dua tahun Kerajaan MADANI, selain peluncuran Kempen Kesedaran Keselamatan Sempena Monsun Timur Laut yang disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Pengurusan), Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, barisan ketua pengarah agensi di bawah KDN, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, barisan Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia dan KDN.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of 3 people and text


ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2024 9.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM