
Artikel
Kpn Penuhi Undangan Ke Majlis Perasmian Karnival Flysiswa
FLYsiswa merupakan sebuah inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan yang memberi bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk para pelajar universiti aw...
Shah Alam, 12 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memenuhi undangan ke Majlis Perasmian Karnival FLYsiswa di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, petang tadi.
FLYsiswa merupakan sebuah inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan yang memberi bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk para pelajar universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, selain kolej matrikulasi serta institut pendidikan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Inisiatif tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada pelajar yang menggunakan laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Terdahulu, ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 3.20 petang telah disambut oleh Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah.
Dalam majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, para hadirin turut dipersembahkan dengan montaj khas berkaitan manfaat bantuan subsidi penerbangan kepada para pelajar sebagai gimik pelancaran.
Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, barisan ketua setiausaha kementerian, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussien Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Hj. Mohd Iqbal Ibrahim.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Sabri