
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Apmm
Putrajaya, 12 Disember 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dala...
Putrajaya, 12 Disember 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Disember yang berlangsung dekat Kompleks Setia Perkasa, di sini pagi tadi.
Perhimpunan bulanan yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu merupakan anjuran bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan sekitar jam 8.30 pagi telah disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.
Dalam majlis sama, Dato' Sri Ayob Khan bersama tetamu jemputan turut dipertontonkan dengan tayangan video rangkuman program KDN sepanjang tahun 2024 dan pencapaian dua tahun Kerajaan MADANI, selain peluncuran Kempen Kesedaran Keselamatan Sempena Monsun Timur Laut yang disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Pengurusan), Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, barisan ketua pengarah agensi di bawah KDN, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, barisan Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia dan KDN.