Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Mesyuarat Empat Penjuru Perkukuh Kerjasama Strategik Sistem Keadilan Jenayah

Published: 04 May 2026 10.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cyberjaya, 4 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Empat Penjuru antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mahkamah, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Jabatan Peguam Negara Malaysia yang berlangsung di Malaysian Industry-Government Group for High Tecnology (MIGHT), di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-mesyuarat-empat-penjuru-perkukuh-kerjasama-strategik-sistem-keadilan-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
 
Cyberjaya, 4 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Empat Penjuru antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mahkamah, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Jabatan Peguam Negara Malaysia yang berlangsung di Malaysian Industry-Government Group for High Tecnology (MIGHT), di sini, pagi tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu tersebut merupakan kesinambungan daripada mesyuarat sama pada Disember tahun lalu, sebagai platform berterusan dalam memperkukuh penyelarasan antara agensi terlibat.

Tan Sri Ayob Khan dalam ucapannya berkata, mesyuarat itu menjadi wadah penting dalam memperkukuh kerjasama antara PDRM, Mahkamah, KIMIA Malaysia dan Jabatan Peguam Negara Malaysia sebagai usaha penting memperkemas rantaian sistem keadilan jenayah negara.

“Apabila institusi penguatkuasaan, saintifik, pendakwaan dan kehakiman bergerak seiring dalam satu haluan, kita bukan sekadar membentuk satu sistem yang mantap dari sudut struktur, tetapi yang lebih penting membina keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan itu sendiri,” ujar beliau.

Mesyuarat tersebut turut membincangkan beberapa isu utama yang dibangkitkan oleh PDRM tertumpu kepada pengurusan eksibit dan analisis forensik, pematuhan prosedur pendakwaan serta kelewatan dalam proses siasatan dan prosiding mahkamah yang memerlukan perhatian berterusan khususnya dari segi ketepatan masa, pematuhan prosedur dan penyelarasan pelaksanaan di semua peringkat.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, ChM. Marhayani Md Saad, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan 1, Jabatan Peguam Negara, Dato’ Badius Zaman Hj. Ahmad, Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak, Puan Elsie Primus, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Dato' Sri Muhammed Hasbullah Ali dan Timbalan Pengarah (Forensik/ Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dennis Lim Kwang Keng.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text
ArticlePublished 04 May 2026 10.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM