Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Meriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2023

Published: 16 Jul 2023 7.59 AM Updated: 15 Aug 2026 8.20 PM
Ipoh, 16 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2023 yang diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-meriahkan-majlis-pelancaran-bulan-kebangsaan-dan-kibar-jalur-gemilang-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT

Ipoh, 16 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2023 yang diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini, pagi tadi.

Bertemakan 'Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan', majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof.

Seusai ucapan dan gimik pelancaran tadi, acara diteruskan dengan menaikkan bendera Jalur Gemilang oleh Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia yang diketuai oleh Bintara Muda PAP Mohd Khairi Nizam Ahmad serta lafaz ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, SAC Shahrum Hashim.

Datuk Seri Ayob Khan turut meluangkan masa melawat tapak-tapak pameran yang disediakan antaranya Jabatan Penerangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pos Malaysia Berhad di samping beramah mesra dengan para pengunjung yang hadir.

Terdahulu, telah diadakan aktiviti '6,600 Langkah Perpaduan' iaitu acara berjalan kaki yang disertai lebih 10,000 masyarakat bertunjangkan Keluarga Madani.

Pelbagai aktiviti menarik juga dinikmati oleh para pengunjung antaranya, pameran daripada agensi kerajaan, Pertandingan Kuiz Kahoot Kenegaraan, Pertandingan Bintang Patriotik Madani dan banyak lagi.

Polis Diraja Malaysia melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh juga tidak ketinggalan menyediakan kaunter semakan serta pengurangan saman sehingga 50 peratus terhadap beberapa kesalahan trafik terpilih sehingga 3.00 petang tadi.

Turut hadir, Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital, Tuan Fahmi Fadzil merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Ketua Polis (KP) Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama timbalannya, DCP Dato' Pahlawan Azizi Mat Aris dan Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 3 people, crowd and text

May be an image of 13 people

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people, accordion and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 11 people and text
ArticlePublished 16 Jul 2023 7.59 AMUpdated 15 Aug 2026 8.20 PM