Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Makan Malam Hari Kebangsaan Negara Thailand

Published: 04 Dec 2023 4.05 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi berbesar hati hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Hari Kebangsaan Negara Thailand di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-makan-malam-hari-kebangsaan-negara-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT
Kuala Lumpur, 4 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi berbesar hati hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Hari Kebangsaan Negara Thailand di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental, di sini.

Majlis bersejarah tersebut turut diraikan bersempena membesarkan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Thailand, H.E. Raja Bhumipol Adulyadej dan Hari Bapa Negara Thailand.

Walaupun Negara Thailand tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa dunia, namun rakyat Thailand tetap menyambut hari kebangsaannya setiap 5 Disember pada setiap tahun.

Acara tadi diketuai oleh Duta Thailand Ke Malaysia, H.E. Ms. Lada Phumas yang telah merakamkan ucapan penghargaannya kepada Kerajaan Malaysia.

Manakala ucapan balas penghargaan bagi pihak kerajaan pula disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said.

Selain dibawakan pertunjukan khas Muay Thai, para tetamu turut disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dari negara Gajah Putih itu.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Cawangan Khas l, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato' Tan Beng Yeow, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman dan Penolong Pengarah Narkotik (Sekretariat Nukleus Narkotik) Bukit Aman, Superintendan Noom Achoom.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Mungkin imej 7 orang dan sut

Mungkin imej 2 orang dan orang senyum

Mungkin imej 8 orang

Mungkin imej 16 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang, sut dan teks

Mungkin imej 6 orang dan sut

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang dan dais

Mungkin imej 9 orang, perkahwinan dan teks yang berkata 'THAILAND'

Mungkin imej 8 orang dan sut

Mungkin imej 4 orang

Mungkin imej 2 orang, orang membina badan dan teks

Mungkin imej 8 orang dan sut
ArticlePublished 04 Dec 2023 4.05 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM