Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

38 Pegawai Dan Anggota Pga Tamat Kursus Asas Fibua Infantri Platun Siri 1 2023

Diterbitkan: 04 Dec 2023 3.44 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Tambahnya lagi, keperluan kursus ini adalah merupakan saranan Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali dalam memperkasakan PGA dengan menekankan lima elemen penting iaitu FIBUA, “Sea Combat”, ketenteraman awam, keselamatan sempadan dan “major event”.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/38-pegawai-dan-anggota-pga-tamat-kursus-asas-fibua-infantri-platun-siri-1-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT
Kuala Muda, 4 Disember 2023 - Seramai satu pegawai kanan dan 37 anggota dari Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih hari ini melakar sejarah masing-masing apabila berjaya menamatkan Kursus Asas “Fight In Build Up Area” (FIBUA) (Infantri Platun) Siri 1/2023 dengan cemerlang.

Majlis penutupan kursus asas berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi di Padang Bola Markas Latihan Luar, Pusat Latihan PGA Tupah, Bedong, di sini.

Kursus yang diadakan selama tiga minggu itu bertujuan melengkapkan tahap kompetensi sebagai pegawai dan anggota infantri yang mempunyai pengetahuan serta teknik melibatkan penugasan pertempuran di kawasan terbina.

Berucap dalam majlis tadi, Dato’ Mohamad Suzrin berharap agar kesemua peserta dapat mempraktikkan lilmu yang dimiliki bagi melahirkan pegawai dan anggota separa militeri PGA yang berkemahiran tinggi, komited serta berdedikasi. Beliau turut merakamkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menamatkan kursus dengan jayanya.

Tambahnya lagi, keperluan kursus ini adalah merupakan saranan Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali dalam memperkasakan PGA dengan menekankan lima elemen penting iaitu FIBUA, “Sea Combat”, ketenteraman awam, keselamatan sempadan dan “major event”.

Kemuncak majlis tadi menyaksikan sesi penyampaian sijil tamat kursus oleh Dato’ Mohamad Suzrin kepada wakil peserta kursus, Inspektor Shazwan Syafiq Hasnul Hadi. Lebih bermakna lagi apabila Sarjan Mohd Fazwan Zainol Abidin telah dinobatkan sebagai Peserta Kursus Terbaik.

Sebelum majlis berakhir, para tetamu turut dipertontonkan dengan persembahan seni mempertahankan diri, “Fibua Assult” dan “Room Combat” oleh para peserta kursus.

Hadir sama, Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, SAC Shahrum Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman @ Abdul Rahim, Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Semenyih, Superintendan Jafri Muhamad dan Komandan Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 9 people and text

May be an image of 1 person

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 1 person

May be an image of 7 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text that says 'POLIS A'

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 8 people

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 11 people

May be an image of 5 people and text that says 'SAAT'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people

May be an image of 7 people and helicopter

May be an image of 4 people and text that says 'SYAMBUL EWAN SUZRIN POLIS POLIS POLIS'

May be an image of 2 people and text that says 'HAK MIL'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 6 people and text that says 'POLIS'

May be an image of 4 people and text that says 'HAFIZ POLIS N SUZRIN POLIS PLPGA LATIHAN ERAKAN AM PASUKAN PUSAT ULU KINTA PERAK'

May be an image of 4 people and text that says 'HAFIZ POLIS SYAMSUL POLIS SUZRIN S POLIS d'
ArtikelDiterbitkan 04 Dec 2023 3.44 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM