
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Makan Malam Hari Kebangsaan Negara Thailand
Kuala Lumpur, 4 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi berbesar hati hadir ke Majlis Maka...
Kuala Lumpur, 4 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi berbesar hati hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Hari Kebangsaan Negara Thailand di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental, di sini.
Walaupun Negara Thailand tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa dunia, namun rakyat Thailand tetap menyambut hari kebangsaannya setiap 5 Disember pada setiap tahun.
Acara tadi diketuai oleh Duta Thailand Ke Malaysia, H.E. Ms. Lada Phumas yang telah merakamkan ucapan penghargaannya kepada Kerajaan Malaysia.
Manakala ucapan balas penghargaan bagi pihak kerajaan pula disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said.
Selain dibawakan pertunjukan khas Muay Thai, para tetamu turut disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dari negara Gajah Putih itu.
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Cawangan Khas l, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato' Tan Beng Yeow, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman dan Penolong Pengarah Narkotik (Sekretariat Nukleus Narkotik) Bukit Aman, Superintendan Noom Achoom.