Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Diterbitkan: 19 Jul 2023 6.17 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.20 PM
Kuala Lumpur, 19 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi hadir mengimarahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2023 Masihi dekat Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-sambutan-maal-hijrah-peringkat-kebangsaan-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:17 MYT

Kuala Lumpur, 19 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi hadir mengimarahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2023 Masihi dekat Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Majlis sambutan ini turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disambut oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof.

Berangkat ke majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Sambutan yang bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani” itu dimulakan dengan sembah ucapan aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Mokhtar sebelum titah diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku. 

Dalam majlis tersebut juga, baginda berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob, manakala Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa bagi Tahun 1445 Hijrah/2023 Masihi.

Hadir sama, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha (KSU) Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hjh. Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Polis negeri, CP Dato’ Mohd Suhaily Mohd Zain, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Ketua-ketua agensi Kerajaan Persekutuan, negeri dan kenamaan negara luar.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people and dais

May be an image of 7 people and text

May be an image of 1 person, crowd and dais

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'MBUTAN MA'AL HIJRAH T KEBANGSAAN 1445 Η 2023 DUAN TERAS MALAYSIA MADANI' PDRM'

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of one or more people, crowd and dais

May be an image of 4 people, dais and text that says '5H/ 2023 ORI KEBANGSAAN'

May be an image of 10 people, dais and text that says 'HIRAHT PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H 2023 MUHARA 445H JULAI 2023 PUSAT DAGANGAN INIA KU. A LUMPUR

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 5 people, dais and text


ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2023 6.17 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.20 PM